Janda Hunter

Azrul 'JandaHunter' Anwar (lahir 13 Mei, 1986) ialah seorang pengacara E-Sukan[1], strimer, wartawan dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan di tahun 2008 pada usia 22 selepas latihan dalam Lakonan, Senario, dan Mengarah Theater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Bermula sebagai bakat-dalam-rumah untuk Metrowealth International Group, JandaHunter memperoleh banyak kejayaan dalam program-program filem, drama, dan televisyen seperti Clever, Minyak Dagu, dan Asia's Got Talent.[2]Selain itu, beliau juga dikenali sebagai wartawan utama E-Sukan.my, memainkan peranan penting dalam kemenangan portal itu atas beberapa anugerah sebagai laman berita permainan tempatan terbaik. Kelancaran dan kefasihan JandaHunter dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah banyak memberi sumbangan kepada kejayaan yang disebutkan di atas dan juga dalam kerjaya hidupnya; membolehkannya menikmati hubungan baik dengan kedua-dua pihak dan penaja media tempatan dan luar negara. JandaHunter kebiasaanya aktif di laman media sosial Facebook yang memberi beliau ruang bagi streme.[3] Janda Hunter juga mempunyai pertandingan permainan video sempena nama samaran nya, Janda Cup Tekken 7 Tournament.[4]